domainname: https://www.mydigitalkontraktor.com.my
About Us
MEKAR
MEKAR MEGAH MAJU adalah sebuah syarikat bumiputera milikan tunggal yang telah ditubuhkan pada 26 September 2016. Pada masa ini perniagaan beroperasi di tapak beralamat No 31, Persiaran SM 2B/25, Fasa 2B, 32040 Seri Manjung, Perak dan di awal penubuhan dengan menjual produk secara atas talian melibatkan produk-produk kesihatan. Dalam tahun yang sama, syarikat melangkah setapak dengan melibatkan diri dalam bidang pembinaan apabila permohonan lesen melalui Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) telah diluluskan tanggal 21 Disember 2016 dengan Nombor Pendaftaran 0120161221-PK183121. Walaubagaimanapun syarikat hanya memperolehi projek kontrak pembinaan yang pertama pada tahun 2018 melibatkan pembinaan satu unit banglo setingkat di Kampung Tersusun Pasir Panjang Laut, Sitiawan Perak. Pada tahun 2020 syarikat berjaya menjalin usahasama bersama pemilik tanah bagi 22 unit banglo di atas tanah seluas 3 ekar.
Our Vision
“ MENJADI KONTRAKTOR PEMBINAAN BERTARAF GLOBAL“
Our Mission
MEKAR MEGAH MAJU berusaha mengembleng tenaga dengan pelbagai sumber yang ada dan beriltizam untuk mencapai misi.
Our Goal Objective
i) Mewujudkan budaya & amalan kerja berpasukan yang amanah, profesional dan produktif. ii) Melaksanakan perkhidmatan dengan cekap, kualiti dan bermutu dalam mancapai objektif dan sasaran ditetapkan. iii) Mengutamakan kejujuran dan hubungan baik bersama pelanggan merangkumi rasa hormat, rendah diri dalam memenuhi keperluan pelanggan. iv) Berazam memberi pulangan dan imbuhan setimpal kepada setiap kakitangan yang setanding malah melebihi standard semasa. v) Mengutamakan pembangunan mampan dan lestari dengan tidak megabaikan aspek sejagat yang memberi kesan global.
Management Team
Hairuniza Mohd Padil
PENGARAH
Hairuniza Mohd Padil
Memberi Nasihat Dalam Menyelaras Operasi dan Perkembangan Prestasi Syarikat.
Wan Azaha Wan Jusoh
PENGURUS
Wan Azaha Wan Jusoh
Menyelaras dan Memantau Perkembangan Operasi Syarikat merangkumi aspek Pentadbiran, Kewangan dan sebagainya.
CONSULTATION
CONSULTATION
-
CIDB Category
Grade 2 - Building
B04 (Kerja-kerja pembinaan bangunan)
Grade 2 - Civil Engineering
CE21 (Pembinaan kejuruteraan awam)
Grade 2 - Mechanical & Electrical Engineering
M15 (Kelengkapan mekanikal pelbagai)